Konsep Alat Muzik
Alat muzik bermaksud alat-alat atau barang-barang yang digunakan untuk melahirkan
bunyi muzik iaitu bunyi yang jika disusun dan diatur secara harmoni menjadi
indah dan menarik.
Alat muzik pada dasarnya terbahagi kepada jenis pukulan, bertali, atau tiupan.
Alat-alat itu boleh dimainkan secara solo sebagaimana seruling atau gambus
atau dimainkan di dalam sesuatu ensemble.
Kategori Alat Muzik
Alat-alat muzik boleh dikategorikan kepada empat kategori utama, bergantung
kepada pembuatan dan komponen utama yang melahirkan bunyi serta kaedah pengeluaran
bunyinya.
Kategori-kategori itu adalah seperti berikut:
1) Kordofon (alat muzik bertali)
2) Aerofon (alat muzik tiupan)
3) Membranofon (alat muzik paluan kulit/ belulang)
4) Idiofon (alat muzik paluan logam/kayu)
Alat Muzik Melayu Sarawak
Kordofon
(Alat Muzik Bertali)
Gambus
Setakat ini, di Sarawak tidak mempunyai alat muzik tradisional
jenis bertali. Kalau adapun hanyalah gambus. Inipun dikatakan daripada budaya
Arab/Islam.
Bagaimanapun Haji Zamzudin Mat, seorang tokoh tarian dan muzik tradisional
di Kementerian Pembangunan Sosial mengatakan bahawa gambus Sarawak masih boleh
dianggap alat muzik tradisi Sarawak kerana bentuknya unik dan sistem
talinya berbeza daripada gambus budaya Islam/Arab yang asal.
Gambus Sarawak kebanyakannya gambus lebo mempunyai enam tali, iaitu tiga berkembar.
Gambus Arab yang asal talinya enam berganda.
Aerofon
(Alat Muzik Tiupan)
Alat muzik jenis tiupan amat sedikit dalam masyarakat Melayu tradisi Sarawak. Yang pernah ada ialah seruling gaharu, seruling buluh terniang, seruling buluh padi, serunai daun kelapa, daun tuba sugi dan daun pisang.
Seruling Gaharu
Seruling gaharu yang sudah pupus sekarang diperbuat daripada kayu gaharu dan
digunakan hanya dalam ritual perubatan. Dengan hapusnya amalan perubatan jenis
menurun dan berpanggil roh maka hapuslah juga seruling itu.
Seruling Buluh Padi
Seruling buluh padi, serunai daun kelapa, daun tuba sugi dan daun pisang,
sekalipun menghasilkan bunyi muzik, sebenarnya lebih merupakan alat mainan
kanak-kanak dan menjadi hiburan mereka sahaja.
Seruling Buluh
Seruling buluh diperbuat daripada buluh nipis atau buluh temiang. Lubangnya
ditebuk dengan menggunakan besi bulat yang dipanaskan. Alat ini juga tidak
dimajukan sebagai alat ensemble muzik Melayu tradisi Sarawak. Malah tidak
ada ensemble muzik Melayu tradisi yang memanfaatkan alat ini. Ia selalu dimainkan
secara solo dan untuk hiburan sendirian.
Membranofon
(Alat Muzik Paluan Kulit/ Belulang)
Alat-alat dalam kategori ini ialah rebana, beduk, tar, gendang silat, dan ketepung.
Tar
Tar terdiri daripada darpada aran, iaitu bahagian bingkai kayunya. Ia diperbuat
daripada kayu mengeris, berang, nyirih atau ensena. Garis tengahnya berukuran
25 sentimeter dan tingginya sekitar 5 sentimeter.
Ada aran tar yang kosong begitu sahaja tanpa tambahan atau hiasan lain. Ada
yang diberi bering iaitu dua atau tiga pasang kepingan tembaga pada lubang
bujur di tepi aran untuk menghasilkan bunyi getaran seakan-akan bunyi tamborin,
apabila tar itu dipukul.
Rebana
Haji Zamzudin Mat berpendapat rebana adalah daripada keluarga gendang, iaitu
gendang jenis besar di Sarawak. Bahagian-bahgian gendang ialah baluh atau
aran daripada kayu jenis kempas, menggeris, merbau, engsana, ipil, berang,
malah batang kelapa. Ukurannya 18 hingga 24 inci garis tengah dan 8 hingga
10 inci tinggi arannya.
Belulang digunakan adalah belulang kulit lembu, kampung, rusa dan kijang.
Belulang disanggit dengan rotan pada baluh, dan untuk mengetatkan belulang
itu laritan rotannya dipasak.
Alat ini dimainkan dalam persembahan bermukun atau Gendang Melayu, oleh seh
gendang, yang akan memukulnya sambil bernyanyi.
Gendang
Ukuran gendang lebih besar daripada rebana, dan belulangnya daripada kulit
kerbau dan lembu sahaja. Ia selalu dimainkan untuk melahirkan muzik bass dalam
acara bermukun.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
|
|
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
|
|
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
|
|
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|